“Tiada isu perkauman yang dibangkit dalam pergaduhan dengan pakcik itu,” demikian kata lelaki yang videonya bergaduh dengan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an di media sosial.
Dalam kejadian jam 1.30 petang pada 13 Julai di Lembah Klang, ahli perniagaan, Simren Singh, 27, menegaskan bahawa dia bukan road bully seperti yang didakwa netizen di media sosial.
Katanya, adalah tidak adil netizen menghentamnya di media sosial hanya berdasarkan apa yang dilihat sahaja tanpa mengetahui cerita sebenar.
“Tolong buka mata warga Malaysia, jangan terlalu mengikut perasaan. Cuba faham situasi dulu. Tiada isu perkauman yang dibangkitkan dalam pergaduhan dengan pakcik itu baru-baru ini. Video ini jika dilihat betul-betul, hanya saya seorang sahaja dalam kereta,” katanya.
Dalam laporan The Sun Daily, Simren berkata keretanya telah dilanggar dari belakang
“Insiden itu berlaku pada 13 Julai kira-kira jam 1.30 petang yang ketika itu saya dalam perjalanan pulang ke rumah menggunakan Jalan Genting Klang di Setapak dan cuba masuk ke lorong kanan dan dilanggar oleh sebuah kereta berwarna kelabu yang dipandu lelaki itu.
“Selepas terjadi kemalangan itu, kami berhenti di tepi jalan untuk berbincang mengenai apa yang berlaku tetapi lelaki itu mengamuk dan melemparkan kata-kata berunsur perkauman terhadap saya,” kata Simren memetik laporan dari The Sun Daily.
Menurut Simren, orang awam yang menyaksi kejadian itu cuba menenangkan keadaan dan menasihatkannya untuk masuk ke dalam kereta kerana keadaan tidak begitu selamat berikutan ada sekumpulan lelaki yang memakai helmet mengelilingi mereka.
“Saya beritahu lelaki itu untuk selesaikan insiden itu dengan saya. Saya perasa road tax kereta lelaki itu telah tamat tempoh. Apabila orang awam mula campur tangan, saya mengambil keputusan untuk beredar dari tempat kejadian. Namun lelaki itu merakam gambar kereta saya sebelum dia mula memukul dan menendang kereta saya,” katanya.
Selepas 24 jam dari kejadian itu, Simren membuat laporan polis.
“Saya tidak pasti tentang lelaki itu tetapi saya dimaklumkan pegawai penyiasat bahawa lelaki itu belum membuat sebarang laporan polis.
Video yang dimuat naik oleh David Marshel pada Sabtu lalu telah ditonton sebanyak 816,735 kali dan dikongsi 19,407 pengguna Facebook.
Menurut David, lelaki terbabit yang mempunyai 9 saman kesalahan trafik juga pernah dirakam membuli pengguna jalan raya yang lain pada Januari lalu.
|
Foto – Muas Sazwan Mazlan |
Dalam video tersebut, Simren yang memandu kereta BMS 7 dilihat sengaja memperlahankan kenderaan dan tidak membenarkan mangsa yang berada di belakang memotong kenderaannya. Sehingga di satu selekoh, Simren dengan sengaja memberhentikan kenderaannya di tengah jalan dan keluar merakam gambar kereta mangsa.
Bagaimanapun, Simren menjelaskan menjelaskan individu yang memuat naik video insiden itu telah menyunting video tersebut dan gagal menunjukkan kejadian yang sebenarnya berlaku di Jalan Ampang itu.
“Dia (pemandu wanita) melanggar kereta saya dari belakang. Saya menunggu dia untuk berhenti tetapi dia cuba melarikan diri dan membuatkan saya terpaksa mengejar dia dan menghalangnya daripada melarikan diri.
“Bila dia berhenti, saya keluar dari kereta dan merakam gambar keretanya dan pada masa itu juga saya ternampak ada seorang penumpang yang merupakan warga asing yang sedang merakam tindakan saya.
“Kalau saya adalah road bully, saya boleh gunakan senjata atau apa-apa saja untuk mengancamnya tetapi saya tidak berbuat demikian,” katanya.
Sementara itu di media sosial, tindakan netizen yang menghina dan mencerca bangsa Singh secara terbuka di Facebook membuatkan segelintir netizen berbangsa Singh kesal dan terkilan.
“Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan kerana disebabkan lelaki itu, seluruh bangsa Singh dicerca dan dihina sebegini.
“Ada yang sampai sebut nak bakar tempat ibadat kami. Apa salah tempat ibadat kami? Lelaki itu yang bersalah, dia yang tidak beradab. Malah kami juga malu dengan tindakannya itu.
“Ini masalah individu, bukan masalah bangsa. Kepada Simren Singh, minta maaf saja kepada mereka dan sudah jelas awak yang bersalah. Meminta maaf tak menjadikan awak kalah. Jangan babitkan bangsa dan agama hanya kerana tindakan awak itu,” kata netizen berbangsa Singh.
Sumber
“Kereta saya dilanggar dari belakang, saya bukan road bully” – Pemandu BMS 7