Ketua konglomerat Samsung Group, Jay Y. Lee dipenjara lima tahun kerana rasuah

SEOUL – Bilionair yang juga ketua konglomerat Samsung Group, Jay Y. Lee dipenjara lima tahun semalam kerana rasuah selepas perbicaraan selama enam bulan yang turut menyaksikan Pre­siden Korea Selatan sebelum ini, Park Geun-hye tumbang.

 

Ketua konglomerat Samsung Group, Jay Y. Lee dipenjara lima tahun kerana rasuah

Ketua konglomerat Samsung Group, Jay Y. Lee dipenjara lima tahun kerana rasuah

 

 

Lee membayar rasuah bagi mendapatkan ganjaran daripada Geun-hye, demikian menurut keputusan sebuah mahkamah di Seoul yang turut mendapati dia bersalah kerana menyembunyikan aset di luar negara, melesapkan wang dan ber­bohong.

Lee, 49, yang merupakan antara pewaris empayar korporat terbesar di dunia itu ditahan sejak Februari lalu atas dakwaan memberikan rasuah kepada Geun-hye untuk menguasai konglomerat yang memiliki syarikat Samsung Electronics.

Selain menjadi pengeluar telefon pintar dan cip utama dunia, Samsung Electronics memiliki kepentingan dalam pelbagai perniagaan termasuk ubat, perkakasan rumah, insurans dan hotel.

Lee menafikan bersalah, manakala peguamnya, Song Wu-cheol berkata, anak guamnya akan merayu kepada mahkamah lebih tinggi.

“Keputusan ini tidak dapat diterima,” kata Wu-cheol.

Hukuman penjara lima tahun itu merupakan antara yang terpanjang dikenakan terhadap seorang pemimpin perniagaan Korea Selatan.

– Reuters

Sumber: Kosmo



Sumber Ketua konglomerat Samsung Group, Jay Y. Lee dipenjara lima tahun kerana rasuah

Post a Comment

Previous Post Next Post