“Malaysia berhak menang” – Jurulatih Indonesia akui kesilapan saat akhir punca kekalahan

Jurulatih Indonesia, Luis Milla Aspas mengakui kesilapan di saat akhir menjadi punca kekalahan 0-1 pasukannya kepada Malaysia pada separuh akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

 

"Malaysia berhak menang" - Jurulatih Indonesia akui kesilapan saat akhir punca kekalahan

“Malaysia berhak menang” – Jurulatih Indonesia akui kesilapan saat akhir punca kekalahan

 

 

Sambil mengakui Malaysia sangat berbahaya ketika situasi bola mati, Aspas bagaimanapun tetap memuji persembahan anak buahnya yang berjuang hingga minit-minit terakhir.

“Bagi saya, perlawanan malam ini 50-50, siapa yang memanfaatkan peluang mereka akan menang.

“Kami melakukan sedikit kesilapan pada saat akhir dan Malaysia memanfaatkan peluang itu, jadi mereka berhak menang.

“Sebelum jaringan dihasilkan Malaysia, kami memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol, tapi gagal. Apapun, saya tetap berpuas hati dengan permainan pemain saya,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

N Thanabalan muncul wira Malaysia apabila jaringannya pada minit ke-87 membawa skuad negara ke final untuk berdepan Thailand, Selasa ini.

Pertemuan itu sekali gus dilihat sebagai ulangan final Sukan SEA Kuala Lumpur 2001 yang menyaksikan Thailand menang 1-0.

“Kami tetap mahu membawa pulang pingat dan fokus selepas ini sudah pasti kepada perebutan pingat gangsa berdepan Myanmar.

“Saya mempunyai tempoh dua hari sebelum perlawanan itu dan saya pasti dapat mempersiapkan pasukan lebih mantap,” tambah Aspas.

Sumber: Bharian



Sumber “Malaysia berhak menang” – Jurulatih Indonesia akui kesilapan saat akhir punca kekalahan

Post a Comment

Previous Post Next Post