MELIHAT pipi pauh dilayang, mata berona biru firus dan bibir merah delima milik anak lelaki sulung dua superstar Bollywood Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor ini, tak hairanlah mengapa si kecil ini amat popular di India.
Taimur Ali Khan Pataudi yang lahir pada 20 Disember 2016 ini menjadi buruan paparazi dan ibu bapanya pula tidak segan-silu ‘menayang’ putera mereka itu untuk dirakam jurugambar.
Belum pun genap setahun usianya, namun ramai peminat yang mahu melihat Taimur berlakon bersama ibunya dalam filem Veere Di Wedding.
Bagaimanapun, menurut jurucakap Kareena, perkara itu takkan berlaku kerana Taimur masih terlalu kecil ketika ini.
Baru berusia tujuh bulan, populariti Taimur sudahpun menyamai kemasyhuran dikecapi ibu bapanya.
Baru-baru ini mereka tiga beranak bercuti di luar negara. Setiap gambar Taimur yang dimuat naik dalam laman sosial ibu bapanya, pasti mendapat ‘like’ yang tinggi dan pengikutnya terus meningkat.
Setiap kali bercakap mengenai anakya, Kareena mesti memuji ‘ketampanan’ Taimur dan dia menggelar si kecil itu “anak paling cantik ciptaan Tuhan.”
“Saya bangga dengan Taimur bukan kerana dia anak saya tetapi dia memang anak yang sangat tampan. Dia mewarisi keturunan sebelah bapanya,” kata Kareena dalam satu temu bual.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Taimur Ali Khan Pataudi, kanak-kanak paling popular di Bollywood