Tiada wakil tempatan bertanding, penyokong Malaysia bersorak untuk atlet Indonesia

Gelagat sekumpulan kecil penyokong Malaysia yang memberi sokongan kepada atlet Indonesia, Agus Prayogo, sewaktu acara olahraga Sukan SEA ke-29 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam tadi ternyata mencuri perhatian penonton.

 

Tiada wakil tempatan bertanding, penyokong Malaysia bersorak untuk atlet Indonesia

Tiada wakil tempatan bertanding, penyokong Malaysia bersorak untuk atlet Indonesia

 

 

Mereka dilihat tidak putus-putus memberi semangat kepada Agus yang memenangi pingat emas acara 10,000m sejak beliau memulakan larian malah ada yang membawa sepanduk yang tertera nama ‘Agus’.

Tiadawakil Malaysia yang beraksi dalam acara itu.

Menurut seorang penyokong, Arrina Mohd, 37, kesemua mereka adalah komuniti pelari maraton yang hadir bagi memberi sokongan kepada Agus yang dianggap idola mereka dalam acara itu.

Katanya, kira-kira 30 penyokong yang merupakan sebahagian daripada komuniti maraton di Malaysia merangkumi ‘Kyserun krew’ my365 runners’, Pacemaker Malaysia, Extra Fit dan Volt Runner hadir menyaksikan idola mereka itu beraksi malam tadi.

“Maraton adalah minat kami dan sangat mengagumi Agus Prayogo kerana beliau merupakan antara pelari yang mempunyai larian unik di rantau ini,” kata eksekutif syarikat swasta itu kepada Bernama.

Ditanya bagaimana beliau mengenali Agus, Arinna mula membina tali persahabatan bersama Agus sejak menyertai kejohanan Bali Maraton beberapa tahun yang lepas.

Agus memenangi emas dengan catatan masa 30.22.26 saat diikuti pelari Vietnam, Nguyen Van Lai yang meraih perak (30.45.64s) manakala Sanchai Namkhet merangkul gangsa (30.54.86s). — Bernama

Sumber: Malay Mail



Sumber Tiada wakil tempatan bertanding, penyokong Malaysia bersorak untuk atlet Indonesia

Post a Comment

Previous Post Next Post