3 Perkara Yang Golongan ‘Super Berjaya’ Tidak Takut Untuk Lakukan Dalam Hidup.

Donald Trump daripada seorang tokoh usahawan berjaya menjadi seorang Presiden sebuah negara yang berpengaruh,  J.K Rowling daripada penulis biasa yang pernah hampir berputus asa dengan hidup berjaya menjadi jutawan dengan bakatnya, Oprah Winfrey daripada menjadi Hos televisyen yang pernah dipecat berjaya Ratu Media Barat.

Mereka ini bukan sahaja menjadi pakar dalam bidang masing-masing malahan berbakat dalam bidang-bidang lain.

Profil mereka dikagumi dan menjadi inspirasi orang ramai. Bagaimana golongan yang berjaya ini menjadi ‘super’ berjaya?

Berikut adalah antara perkara yang mereka lakukan untuk enjadi ‘super’ berjaya:

#1-Mereka Kekal Tenang Dan Sentiasa Muhasabah Diri.

Kebolehan untuk fokus agak sukar dilakukan dalam persekitaran yang tidak selesa.

Mengikut kajian, kebolehan untuk fokus menjadikan golongan jutawan berjaya mencapai apa yang mereka inginkan dalam hidup.

Antara langkahnya adalah mereka mengambil tindakan untuk menenangkan minda mereka daripada terus-terusan berfikir tanpa henti.

Sekurang-kurangnya 800 orang yang ditemubual mengamalkan beberapa langkah yang tertentu untuk menenangkan minda mereka.

Kebanyakkan mereka mengamalkan meditasi sebagai cara untuk menenangkan tubuh dan minda. Ada juga yang bersenam secara konsisten dan menggunakan aplikasi Headspace secara berterusan.

Aktiviti seperti senaman dan yoga boleh membantu menguatkan minda dan menyihatkan pemikiran jika dilakukan dengan cara yang betul.

Jika anda menghabiskan masa seharian anda dengan terlalu memikirkan mengenai rancangan anda pada hari esok atau perkara yang anda tidak boleh ubah, anda hanya membuang masa pada perkara yang tidak perlu.

Tujuan meditasi dilakukan adalah untuk anda menghayati masa yang ada dan dimanfaatkan sepenuhnya dengan memberi fokus kepada tubuh dan minda yang bersatu dalam mencari ketenangan.

Jika anda bersenam sebagai langkah anda untuk meditasi, anda tidak mendapat ketenangan sekiranya anda melakukannya sambil berfikir urusan kerja atau peribadi.

Walau apa jenis meditasi pun yang anda lakukan, pastikan anda memisahkan diri anda daripada memikirkannya dan rehatkan minda dengan sepenuhnya.

Walaupun dalam tempoh yang singkat, jika berjaya dilakukan dengan baik, anda pasti berasa lebih sihat dan dapat menyelesaikan masalah atau membuat keputusan dengan lebih baik.

#2-Mereka Gemar Tanya Soalan-Soalan Besar Dan Tidak Relevan.

Kita rasa orang yang hebat, mengagumkan adalah orang yang sering melakukan dan memikirkan perkara-perkara yang hebat dan mengagumkan juga.

Jika anda tidak berapa gemar melayan idea yang kedengaran agak gila, anda mungkin tidak termasuk dalam golongan yang ‘super’ berjaya ini.

Golongan yang suka bertanya soalan yang memberi impak pada skala besar ini selalunya akan mendapat keputusan yang berlainan setiap kali menanyakan soalan yang lain daripada lain.

Walaupun kedengaran agak tidak relevan namun jika diperhalusi mungkin akan memberikan jawapan daripada sudut pandang dan fikiran yang berlainan.

Mereka ini berkeupayaan untuk bertanyakan soalan yang mungkin malu untuk ditanya oleh golongan biasa-biasa hanya kerana tidak mahu kelihatan tidak tahu atau tidak pandai.

Contohnya, mereka mungkin akan bertanya soalan spontan seperti “Jika ada orang menghalakan senapang ke arah kepala anda dan anda hanya diberi masa selama 2 jam sehari untuk menyiapkan tugasan anda,  apakah tugasan yang anda akan lakukan?”

Soalan ini mungkin kedengaran kelakar dan tidak relevan untuk anda fikirkan, namun jika anda fikirkan sebetulnya, jawapannya mungkin boleh mengubah tabiat dan rutin hidup harian anda.

#3-Mereka Menghabiskan Masa Dengan Orang Yang Mencabar Mereka.

Golongan yang ‘super’ berjaya rata-rata mendedahkan semasa temubual yang mereka sentiasa mendekati orang yang lebih ‘super’ berjaya daripada mereka.

Mereka suka mendekati orang yang mencabar diri mereka untuk menjadi lebih baik. Dengan ini, mereka dapat membunuh semua alasan-alasan yang mereka reka tanpa sedar dan menangguhkan kejayaan mereka.



Sumber 3 Perkara Yang Golongan ‘Super Berjaya’ Tidak Takut Untuk Lakukan Dalam Hidup.

Post a Comment

Previous Post Next Post