Selipar hotel beralas kalimah syahadah: MAIP sudah buat rampasan dan ini penjelasan pihak hotel

Selipar hotel beralas kalimah syahadah: MAIP sudah buat rampasan dan ini penjelasan pihak hotel

Selipar hotel beralas kalimah syahadah: MAIP sudah buat rampasan dan ini penjelasan pihak hotel

Perak, 20 Sep – Selipar-selipar hotel yang dikesan mengandungi kalimah arab termasuk juga kalimah Syahadah di sebuah hotel di sini telah pun diambil oleh pihak Majlis Agama Islam Perak (MAIP).

Perkara itu dijelaskan oleh pihak hotel berkenaan ketika dihubungi oleh Siakap Keli sebentar tadi.

Ketika dihubungi, pihak hotel tersebut mengesahkan selipar-selipar terbabit dikesan di premisnya dan pihak MAIP telah datang untuk mengambil selipar-selipar terbabit.

“Jabatan agama Islam pagi tadi, memang dia datang untuk periksa dan memang ada (kalimah arab).

Bercerita lanjut, pihak hotel terbabit berkata mereka memang tidak tahu menahu tentang penggunakan kertas-kertas tersebut di dalam selipar berkenaan.

Tetapi dari pihak hotel, kita memang tak tahu kalimah-kalimah ini ada (di dalam selipar).” katanya. Perkara itu juga kerana mereka hanya mengambil dari pembekal selipar.

Selain itu, pihak hotel juga berkata mereka telah memberi kerjasama penuh kepada pihak MAIP dan juga pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang ada menghubungi untuk pengesahan.

Difahamkan, pihak hotel juga telah memberi butiran-butiran yang diperlukan oleh KDN untuk tindakan lanjut.

Walaupun kita tidak terlibat secara langsung, tapi nama hotel kita dah terlibat. Jadi, pihak hotel dengan merendah diri memohon maaf atas masalah yang dihadapi biarpun selipar tersebut tidak dihasilkan oleh pihak hotel.” kata hotel berkenaan.

Menurut pihak hotel itu juga, mereka baru sahaja berurusan dengan pihak pembekal selipar berkenaan selama tiga bulan.

 
Sumber: SK


Sumber Selipar hotel beralas kalimah syahadah: MAIP sudah buat rampasan dan ini penjelasan pihak hotel

Post a Comment

Previous Post Next Post