Penuntut kolej swasta maut dihempap besi angkat berat yang menindih lehernya ketika bersenam di gym di Ampang

SEORANG penuntut kolej swasta maut sejurus dihempap besi angkat berat yang menindih lehernya ketika mangsa sedang melakukan senaman di sebuah gimnasium di Taman Melawati, Ampang, semalam.

Dalam kejadian pada 7 malam itu, mangsa yang berusia 20 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas dihempap besi angkat berat dengan bebanan 110 kilogram.

 

Penuntut kolej swasta maut dihempap besi angkat berat yang menindih lehernya ketika bersenam di gym di Ampang

Penuntut kolej swasta maut dihempap besi angkat berat yang menindih lehernya ketika bersenam di gym di Ampang

 

 

Menurut sumber polis, kejadian berlaku ketika mangsa bersama rakan lain sedang bersenam di gimnasium berkenaan.

Bagaimanapun rakan mangsa dikatakan tiada di dalam gimnasium kerana keluar ke surau dan membeli rokok di kawasan berhampiran.

“Sebaik rakannya masuk semula ke gimnasium berkenaan, dia menemui mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri manakala besi angkat berat menindih lehernya.

“Mereka kemudian melakukan bantuan pernafasan (CPR) namun mangsa didapati

tidak memberi reaksi sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mangsa disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Tragedi terbaru itu mengulangi kejadian sama di Seoul, Korea Selatan apabila seorang lelaki berusia 69 tahun maut dihempap besi angkat berat seberat 90 kilogram ketika berada di sebuah gimnasium awal September lalu.

Sumber: Metro



Sumber Penuntut kolej swasta maut dihempap besi angkat berat yang menindih lehernya ketika bersenam di gym di Ampang

Post a Comment

Previous Post Next Post