Berat Badan Pun Naik 13 Kilogram Kerana Sedang Bahagia!

Berat Badan Pun Naik 13 Kilogram Kerana Sedang Bahagia!

Uqasha akui sedang mengintai tarikh perkahwinan. (Pic: Aishah Aziz)

Tak pernah lekang dengan kontroversi, pelakon sensasi Uqasha Senrose mengakui dia dan kekasihnya Hefny Sahad sudah mula merancang untuk berkahwin.

Sebagai langkah awal, pelakon Hero Seorang Cinderella ini memberitahu dia bakal bertunang dengan Hefny setelah bercinta lebih setahun lalu.

Katanya kepada Rojak Daily Kaw! tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian dan mereka sedang diulit bahagia.

"Saya tidak pernah mengaku secara terbuka mengenai hubungan saya dengan mana-mana lelaki sebelum ini walaupun saya memang bercinta.

"Kali ini saya mengaku memang bercinta dan bahagia dengan Hefny dan kami serius dalam hubungan ini," katanya.

Pada masa sama, kakak kepada pelakon Nelydia turut menafikan dakwaan kononnya dia kembali bercinta dengan bekas kekasihnya Pekin Ibrahim seperti gosip yang bertebaran di laman sosial.

Turut pernah berlakon dalam drama rantaian Syurgaku Tak Sempurna itu berkata, berita itu tidak berasas meskipun mengakui kini sedang berlakon dengan pelakon itu.

Pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu turut mengakui berat badannya bertambah 13 kilogram kerana sedang bahagia dengan Hefny.

Hefny ketika ditemui, tersenyum lebar dan mengakui mereka memang dalam perancangan untuk ke arah fasa perhubungan lebih serius.

Katanya, selepas berhubungan lebih setahun pastinya mereka ada perancangan ke arah itu.

"Insya-Allah, doakan yang terbaik buat kami," katanya.



Sumber Berat Badan Pun Naik 13 Kilogram Kerana Sedang Bahagia!

Post a Comment

Previous Post Next Post