Gaji Ketua Pegawai Teknologi (CTO) dijangka terima gaji tertinggi pada 2018

KETUA Pegawai Teknologi (CTO) adalah antara pekerjaan yang dijangkakan akan menerima skim gaji tertinggi antara RM384,000 hingga RM636,000 setahun pada 2018, berdasarkan Laporan Tinjauan Gaji 2018 oleh firma Robert Walters.

Ketua Negara Robert Walters Malaysia, Kimberlyn Lu berkata, sektor teknologi maklumat (IT) adalah segmen yang mempunyai permintaan yang tinggi selari dengan pengukuhan bidang pendigitalan di Malaysia.

Gaji Ketua Pegawai Teknologi (CTO) dijangka terima gaji tertinggi pada 2018

Gaji Ketua Pegawai Teknologi (CTO) dijangka terima gaji tertinggi pada 2018

“Pertumbuhan bahagian pendigital ini menjadikan sektor IT terus berkembang pesat sekali gus mewujudkan banyak peluang pekerjaan baru seperti pengurus projek dan program, jurutera perisian dan juruaudit teknologi.

“Sektor IT ini juga bukan saja tertumpu kepada bidangnya sendiri, malah ia lebih meluas apabila membabitkan sektor lain seperti kewangan dan perakaunan, kejuruteraan, sumber manusia dan kesihatan,” katanya pada taklimat media Tinjauan Gaji 2018 di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain itu, Jurutera Perisian dianggarkan mampu mencapai bayaran gaji antara RM96,000 hingga RM198,000 setahun manakala Jurutera Keselamatan Siber pula sebanyak RM102,000 hingga RM270,000 setahun pada 2018.

Sumber: Metro



Sumber Gaji Ketua Pegawai Teknologi (CTO) dijangka terima gaji tertinggi pada 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post