Kenapa Itali gagal ke Piala Dunia?

BEKAS juara dunia empat kali, Itali tidak layak ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 1958.

Apakah punca kegagalan Itali yang mempunyai ramai pemain berbakat dan dibarisi pemain berpengalaman termasuk Gianluigi Buffon, Giorgio Chiellini dan Leonardo Bonucci.

Saya dan penyokong tegar Itali, Fadzil Moctah lihat tiga sebab utama kegagalan Itali untuk ke Piala Dunia Rusia 2018.

Kegagalan Gian Piero Ventura menentukan formasi terbaik untuk Itali

Selepas mengambil alih Itali daripada Antonio Conte, Ventura menggunakan formasi 4-2-4 dan terpaksa menukar formasi kepada 3-5-2 selepas kalah kepada Sepanyol atas desakan pemain-pemain veteran.

Formasi 3-5-2 adalah formasi yang digunakan Conte, namun berbeza dengan Conte, Ventura tidak menggunakan sayap pertahanan untuk menyerang, sebaliknya serangan banyak ditumpukan di bahagian tengah.

Tiada pemain tengah yang kreatif

Mengatur serangan dari bahagian tengah memerlukan pemain yang kreatif seperti Andrea Pirlo namun Marco Verratti yang digunakan sebelum ini untuk mengemudi bahagian tengah dilihat tidak mampu untuk melakukannya.

Semalam, Ventura membuat keputusan untuk meletakkan pemain Napoli, Jorginho (Frello Filho) di bahagian tengah buat pertama kali.

Jorginho sangat kreatif di bahagian tengah namun masa untuk mewujudkan keserasian pemain agak singkat.

Itali mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol namun tiada penyudah yang berbisa.

Selain itu, keputusan Ventura meletakkan pemain untuk beraksi di luar posisi untuk sekadar untuk mengisi kekosongan juga sebagai salah satu punca kegagalan Itali.

Dalam perlawanan pertama play-off menentang Sweden awal pagi tadi, pemain sayap kiri Napoli, Lorenzo Insigne diletakkan di bahagian tengah untuk cuba memecah benteng Sweden.

Pemain tidak faham taktikal jurulatih

Semua pasti melihat video viral yang menunjukkan Antonio De Rossi tidak mahu dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Sweden.

Dalam satu temu bual, De Rossi yang bermain di posisi pemain tengah pertahanan memberitahu bahawa Itali memerlukan kemenangan dan mahu Ventura memasukkan pemain penyerang seperti Insigne.

Jelas sekali bahawa pemain dan ketua jurulatih Itali tidak sekepala dan turut menjadi punca utama Itali tidak menyerlah kali ini.



Sumber Kenapa Itali gagal ke Piala Dunia?

Post a Comment

Previous Post Next Post