London kecoh bunyi tembakan

LONDON: Insiden tembakan di Stesen Oxford Circus mencetuskan kekecohan hingga memaksa polis London bertindak balas kerana ia seolah-olah mempunyai kaitan dengan pengganas.

"Kami menerima beberapa panggilan sekitar jam 4.38 waktu tempatan laporan yang mengadu berlaku tembakan di Oxford Street dan stesen kereta api bawah tanah Oxford Circus," kata polis Metropolitan London dalam satu kenyataan.

Polis Pengangkutan Britain turut mengesahkan menerima laporan seorang wanita mengalami cedera ringan.

"Polis sudah bertindak balas terhadap insiden itu, yang dikhuatiri mempunyai kaitan dengan pengganas," katanya.

Polis bagaimanapun tidak menemui sebarang kesan tembakan atau kemalangan jiwa di kawasan terbabit.

Stesen Oxford Circus dan Bond Street yang sebelum ini ditutup susulan kekecohan itu juga sudah dibuka semula dan beroperasi seperti biasa. - REUTERS/AFP



Sumber London kecoh bunyi tembakan

Post a Comment

Previous Post Next Post