Serangan masjid: 235 disahkan maut

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 235 orang terbunuh dalam serangan bom di sebuah masjid di wilayah Sinai utara, dekat sini, lapor akhbar al-Ahram.

Sebelum ini, pihak polis mengesahkan serangan itu dilakukan oleh beberapa lelaki bersenjata dan seramai 75 mangsa dilaporkan cedera.

Kejadian berlaku berhampiran ibu kota wilayah El-Arish ketika orang ramai memenuhi masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Menurut pihak berkuasa, penyerang dipercayai kumpulan militan, yang meletupkan bom dan kemudian melepaskan tembakan. - Reuters/AFP



Sumber Serangan masjid: 235 disahkan maut

Post a Comment

Previous Post Next Post