Najib lawat Anwar di HKL

Datuk Seri Najib Razak memuat naik gambarnya di media sosial melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di HKL, 17 Nov 2017. Datuk Seri Najib Razak memuat naik gambarnya di media sosial melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di HKL, 17 Nov 2017. KUALA LUMPUR, 17 Nov ― Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima rawatan selepas menjalani pembedahan pada Ahad lepas di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Saya melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Beliau baru selesai menjalani pembedahan beberapa hari yang lalu. Semoga beliau cepat pulih,” kata Perdana Menteri dalam laman Twitter dan Facebooknya.

Najib turut memuat naik sekeping gambar beliau bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika melawat bekas ketua pembangkang itu.

Pada 22 Sept lalu, Anwar yang mendapat rawatan untuk masalah kesihatannya di HKL, terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari hospital berkenaan ke Penjara Sungai Buloh.

Anwar dilaporkan menjalani pembedahan artroskopi susulan kecederaan di bahu kanannya, Ahad lepas. ― Bernama



Sumber Najib lawat Anwar di HKL

Post a Comment

Previous Post Next Post