Pesawat C130 TUDM mendarat cemas tanpa tayar

LABUAN: Pesawat angkut C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, pesawat terbabit menghadapi masalah kekaki pesawat 'landing gear' yang menyebabkan ia tidak dapat mendarat secara normal.

TUDM menerusi kenyataan di sini, sebentar tadi, berkata pesawat itu membuat pendaratan cemas tanpa tayar selepas enam jam berlegar-legar untuk membakar minyak di udara.

"Juruterbang dan semua anak kapal tidak mengalami sebarang sebarang kecederaan dan landasan ditutup sementara sehingga diberitahu kelak," kata kenyataan itu.



Sumber Pesawat C130 TUDM mendarat cemas tanpa tayar

Post a Comment

Previous Post Next Post