Bermula semalam merupakan hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun ini dan kita dapat lihat pelbagai usaha pelajar untuk mempersiapkan diri bagi menempuh SPM dan menjadi kebiasaan seorang pelajar pasti akan memohon restu dan meminta maaf daripada gurunya sebelum peperiksaan.
BACA: Rawang Bypass Lebuhraya Paling Gayat Di Malaysia
Baru-baru ini seorang guru di sebuah sekolah telah kongsikan video di Facebooknya ketika para pelajar pendidikan khas sekolahnya memohon restu dan meminta maaf sebelum SPM.
Menurut guru tersebut, Puan Duzimah, berkongsi bahawa pada mulanya beliau ingin merekod video untuk latihan lagu kod tangan untuk pelajar pendidikan khas pekak dan tiba-tiba dua orang pelajarnya bernama Anas dan Faiz datang untuk meminta maaf.
Video yang berdurasi 7 minit itu mendapat perhatian ramai orang kerana melihat betapa ikhlasnya kedua-dua pelajar itu memohon maaf dengan menggunakan bahasa isyarat tangan.
Antara perkara yang membuatkan ramai orang tersentuh hati apabila pelajarnya bernama Faiz mengatakan ingin menarik Cikgu Duzimah ke dalam syurga apabila di akhirat nanti.
Apa yang diperkatakan Faiz itu membuatkan Cikgu Duzimah berasa sebak dan terharu.Selain itu kata-kata motivasi daripada Cikgu Duzimah juga boleh membuatkan seseorang itu bergenang air mata.
Dari video tersebut kita dapat merasakan keikhlasan para guru dalam mendidik pelajar terutamanya pelajar pendidikan khas yang mempunyai keistimewaan mereka tersendiri.
Satu lagi perkara penting yang kami dapat daripada video ini adalah gred A bukanlah segala-galanya dalam sesuatu peperiksaan dan apa yang penting seorang pelajar perlu berusaha bersungguh-sungguh dan meletakkan harapan kepada Allah.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram