34 tahun bersama PAS, Mahfuz umum keluar parti

Datuk Mahfuz Omar mengumumkan akan keluar PAS pada 11.59 malam tahun 2017 selepas 34 tahun bersama parti itu. — Foto oleh Yusof Mat IsaDatuk Mahfuz Omar mengumumkan akan keluar PAS pada 11.59 malam tahun 2017 selepas 34 tahun bersama parti itu. — Foto oleh Yusof Mat IsaALOR SETAR, 31 Dis — Ahli Parlimen Pokok Sena mengumumkan keluar PAS pada detik terakhir tahun 2017 selepas 34 tahun menjadi ahli parti.

Datuk Mahfuz Omar berkata surat letak jawatan akan diserahkan kepada PAS Pusat pada 11.59 malam nanti, lapor Sinar Harian.

Belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti politik, Mahfuz berkata dirinya akan berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas sehingga akhir penggal.

Bekas naib presiden PAS itu sebelumnya dilihat secara terbuka mengkritik kepimpinan dan dasar parti, terutamanya ketika PAS enggan menyertai parti pembangkang lain membentuk Pakatan Harapan.



Sumber 34 tahun bersama PAS, Mahfuz umum keluar parti

Post a Comment

Previous Post Next Post