25 pendatang lemas, kapal karam

ROME: Sekurang-kurangnya 25 orang dikhuatiri lemas apabila sebuah bot yang membawa lebih 150 pendatang karam di utara Tripoli.

"Bot getah itu karam di utara Tripoli. Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dalam insiden itu, jumlah sebenar belum dapat dipastikan. Tentera laut Itali sudah berada di lokasi kejadian," kata organisasi bantuan Jerman, Sea Watch di Twitter.

Menurut Pengawal Pantai Itali, 85 orang diselamatkan dari bot itu dan hanya lapan mayat ditemui setakat ini.

Pihak berkuasa percaya ia kejadian bot karam pertama yang dilaporkan pada 2018, namun organisasi penyelamat berkata banyak bot kecil yang cuba menyeberang Mediterranean dikatakan karam tanpa dapat dikesan.

Menurut pertubuhan Doktor Tanpa Sempadan, tahun lalu 3,116 orang mati ketika cuba menyeberang dari Afrika Utara ke Eropah. - AFP



Sumber 25 pendatang lemas, kapal karam

Post a Comment

Previous Post Next Post