5 Cara Bagaimana Untuk Menarik Lebih Ramai Pelanggan Kepada Anda Dalam Masa Yang Singkat!

Anda mungkin seorang usahawan kek yang paling enak dan terbaik di dunia tetapi berapa ramaikan pelanggan yang berjaya menikmati hasil keenakan kek anda itu dan mendatangkan pulangan lumayan dalam bisnes anda atau pendapatan anda itu hanya nyawa-nyawa ikan.

Untuk melumayankan jualan, anda perlukan memasang strategi pemasaran yang bagus. Anda perlu belajar bagaimana untuk menarik perhatian orang ramai atau pelanggan kepada anda atau perniagaan anda serta membuat mereka gembira untuk membeli daripada anda.

Jika anda berjaya kuasai pemasaran, anda akan menarik ramai pelanggan yang ‘berkejaran’ untuk dapatkan produk atau perkhidmatan anda. Jom, ikut cara di bawah supaya anda dapat menarik lebih ramai pelanggan dalam masa yang singkat.

#1-Berikan Jaminan Wang Dikembalikan

Selalunya hal-hal yang berkaitan duit ini sangat mudah untuk memancing pelanggan. Jaminan sebegini akan membuatkan perasaan pelanggan selesa untuk membeli produk keluaran anda.

Tetapi ingat anda perlu yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, sebelum anda berikan jaminan. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka.

Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.

#2- Maksimakan Penggunaan Kad Perniagaan

Selalunya anda akan menerima kad perniagaan yang hanya tertera nama dan nama perniagaan tetapi jenis perniagaan tidak dinyatakan.

Contohnya,  “Ilham Rizqi, pengurus, Syarikat  Kutub Kana….?” Tetapi anda tidak tahu apakah jenis perniagaan yang dijalankan Ilham Rizqi? Di sinilah lubuk mesej yang selalu terlepas pandang orang bisnes.

Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti.

Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda

#3-Promosi Ketika Waktu Menunggu

Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu mempromosikan perniagaan anda.

Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.

#4-Berikan Hadiah Percuma Yang Lain Dari Yang Lain

Sudah menjadi tradisi untuk hadiah kepada pelanggan pastinya pen, keychain atau apa-apa berkaitan syarikat diberikan. Cuba kali ini anda tukar konsepnya. Anda boleh beri coklat yang ditulis nama anda, sabu yang terukir logo syarikat anda atau sandal dan lain-lain lagi.

Jika anda hendak mencipta fenomena dalam pemberian hadiah yang ‘luar biasa’ anda boleh laburkan sedikit duit membeli barang-barang antik sempena mempromosikan produk baru keluaran anda. Dengan syarat, setiap pembelian mengikut nilai akan mendapat cabutan hadiah istemewa yang ditawarkan ini. Secara tidak langsung ianya menarik pelanggan untuk berebut menandapatkan hadiah ‘unik’ yang ditawarkan. Menarik bukan!

5. Cipta Tema Suasana Semasa

Teknik ini biasa dijadikan tradisi di pusat membeli belah mengikut jenis perayaan yang ada di Malaysia.  Tema semasa ini juga salah satu pemasaran yang akan menarik pelanggan untuk mendapatkan produk jualan anda mengikut kreativiti penyampaian anda.

Contohnya ketika bulan ramadhan, pemberian kurma dan voucher berbuka puasa dengan dekorasi kampung ketika suasana raya pasti menarik pelanggan untuk singgah dan menikmati produk jualan anda. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan



Sumber 5 Cara Bagaimana Untuk Menarik Lebih Ramai Pelanggan Kepada Anda Dalam Masa Yang Singkat!

Post a Comment

Previous Post Next Post