Salleh: PH jadikan usaha guling Najib untuk mewajarkan U-turn Dr M

Menteri komunikasi dan multimedia itu berkata, pembangkang memberitahu orang ramai cerita berbeza sekarang berbanding apa yang mereka katakan ketika menentang pemerintahan Dr Mahathir dahulu.

salleh-said-keruak-ph-konvensyen-tun-mPETALING JAYA: Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, Pakatan Harapan (PH) memperbesarkan keperluan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak kerana ia dapat mewajarkan pemilihan Tun Dr Mahathir Mahathir sebagai calon perdana menteri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menteri komunikasi dan multimedia itu berkata, pengerusi PH berusia 92 tahun itu yang merupakan perdana menteri dari 1981 hingga 2003, dipilih walaupun pernah dikritik dan diserang parti pembangkang atas dakwaan salah lakunya.

“Hari ini, rakyat Malaysia diberitahu cerita yang berbeza dan bertentangan dengan apa yang mereka telah diberitahu selama 20 tahun lalu.

“Bagaimanakah Pakatan menjelaskan dan mewajarkan ini, selain mengatakan bahawa satu-satunya perkara yang terpenting adalah untuk menggulingkan perdana menteri tanpa mengira bagaimana ia dilakukan?” tulisnya dalam blognya hari ini.

Ahad lalu, PH melalui konvensyen tahunannya mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri mereka jika memenangi PRU14, manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.

Salleh yang juga timbalan pengerusi Umno Sabah berkata, pembangkang sebelum ini mengekalkan pendirian untuk menghukum Dr Mahathir atas dakwaan kesalahannya, jika mereka berjaya membentuk kerajaan baharu.

Katanya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat Dr Mahathir pada 1998 daripada jawatan timbalan perdana menteri, ketika itu memberi alasan beliau menjadi mangsa kerana menentang penyalahgunaan kuasa dan mendedahkan salah laku Dr Mahathir.

“Sejak 1998, pembangkang selalu mendakwa ia mempunyai bukti yang cukup untuk memaksa Dr Mahathir dihadapkan ke mahkamah dan menghadapi perbicaraan atas kesalahan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun sebagai perdana menteri Malaysia.

“Cogan kata pembangkang sejak 20 tahun yang lalu adalah Malaysia perlu diselamatkan dan ini hanya akan berlaku jika Dr Mahathir digulingkan daripada tampuk pemerintahan.

“Dr Mahathir dikenal pasti sebagai puncanya dan jika puncanya tidak dihapuskan, maka punca segala kerosakan itu tidak boleh dikeluarkan.”

Katanya, walaupun ramai ahli pembangkang bersatu menentang Dr Mahathir sebelum ini, persepsi yang dicipta ketika ini ialah mereka kini bersatu di bawahnya.

Pakatan pilih Dr M calon PM, Anwar menyusul


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Salleh: PH jadikan usaha guling Najib untuk mewajarkan U-turn Dr M

Post a Comment

Previous Post Next Post