Berita tersebut dikongsikan di laman sosial Instagram miliknya pada 3 Januari lalu. Page memuat naik sekeping foto menunjukkan dua belah tangan yang tersarung sebentuk cincin di jari manis masing-masing.
"Tak percaya aku boleh menyebut wanita yang luar biasa ini sebagai isteriku," tulisnya.
..
Page dan Portner mula menjalin hubungan sejak pertengahan tahun lalu selepas masing-masing saling sering memuat naik gambar romantis berdua di laman sosial masing-masing.
Portner yang merupakan guru tari tarian Jazz Kontemporari di sebuah institut di New York pernah menjadi koreografer dan tampil di dalam muzik video Justin Bieber, lagu yang berjudul 'Life is Worth Living'.
Pada Februari 2014, Page tampil di sebuah persidangan di Las Vegas untuk mempromosikan mengenai kebajikan kaum LGBT.
"Saya berada di sini hari ini kerana saya gay dan kerana mungkin saya boleh membuat perubahan, untuk membantu orang lain mempunyai masa yang lebih mudah dan lebih mudah, walau apa pun, bagi saya, saya merasakan kewajipan peribadi dan tanggungjawab sosial," katanya.
Tambah Page, pada mula dia menjangkakan reaksi yang berbeza terhadap perisytiharannya.
"Saya menjangkakan lebih banyak kebencian. Tetapi selepas itu "hanya positif, yang cantik, kerana ia menandakan perubahan yang berlaku," tuturnya.
Terdahulu, Page pernah menjalin asmara dengan seorang perempuan bernama Samantha Thomas. Mereka pernah tampil bersama buat pertama kali di sebuah acara karpet merah di Festival Filem Toronto pada September 2015. Bagaimanapun hubungan mereka berakhir tidak lama selepas itu.
Sumber Aktres Inception Kahwin Kekasih Sejenis