TOP Laksana Baki 520 Hari Lagi Kerja Khidmat Sosial

Setelah beberapa bulan 'direhatkan', bintang Kpop terkenal, TOP dilaporkan akan menyambung kembali tanggungjawabnya melaksana latihan ketenteraan sebagai pekerja khidmat sosial di pejabat daerah Yongsan mulai pertengahan Januari ini.

Sebelum ini anggota kumpulan Big Bang itu telh pun menjalankan khidmatnya selama 120 hari dan berbaki 520 hari lagi. Perkhidmatannya di jangka selesai pada Jun 2019.

Pemilik nama sebenar Choi Seung Hyun, 30, telah memulakan latihan ketenteraan pada Mac tahun lalu namun beberapa minggu kemudia dia terpalit dengan kontroversi di dakwa memiliki ganja. Hasil siasatan polis, T.O.P telah mengaku bersalah.

Sebagai hukuman, jawatan dalam latihan ketenteraan yang digalas iaitu sebagai pegawai polis telah dilucutkan serta-merta dan dia tidak diterima untuk meneruskan latihan di kem sejak Jun tahun lalu. Dia juga di denda tidak dibenarkan aktif dalam sebarang kerja seninya.

Beberapa hari selepas keluar dari kem, T.O.P. sekali mengejut ramai peminat apabila dia ditemui tidak sedarkan diri dipercayai akibat pengambilan pil anti-resah berlebihan. Dia koma selama tiga hari. Beberapa minggu selepas itu dia dibenarkan keluar hospital dan menjalani rawatan pemulihan.

TOP disahkan tidak akan menjalani latihan ketenteraan pada tahun ini. Sementara dua lagi anggota Big Bang iaitu G-DRagon dan Taeyang akan memulakan latihan ketenteraan pada pertengahan Februari ini.

Manakala Daesung dan Seungri masih lagi menunggu pengumuman rasmi tarikh untuk mereka mula mengikuti latihan ketenteraan.



Sumber TOP Laksana Baki 520 Hari Lagi Kerja Khidmat Sosial

Post a Comment

Previous Post Next Post