Gawang Malaysia bolos seawal minit ke-5 hasil tandukan kemas Mohammed Khalid Jaffal Al-Jumaili yang menerima hantaran silang dari sebelah kiri oleh rakan sepasukannya.
Masuk minit ke-28, Iraq menggandakan jaringan menerusi Amjad Attwan yang berjaya menghidu kealpaan pertahanan Malaysia.Sambung babak kedua, Iraq terus menghukum pertahanan Malaysia dengan jaringan ketiga pada minit ke-56 selepas pemainnya, Alaa Ali Mhawi bijak melepasi perangkap ofsaid.
Malaysia bagaimanapun enggan mengalah dengan penguasaan Iraq dan akhirnya berjaya menyumbat gol sagu hati melalui jaringan Safawi Rasid pada minit ke-79.
Baki lapan minit perlawanan, Hussein Ali Al-Saedi menambah kedukaan Malaysia sekaligus menamatkan perlawanan dengan keputusan 1-4.
Malaysia dijangka akan terus berdepan laluan sukar apabila dijadual bertemu Jordan 13 Januari ini sementara Arab Saudi pada 16 Januari.
Sumber Anak buah Kim Swee pamer aksi longlai