Barca dapat diskaun, Coutinho idam trofi

BARCELONA: Barcelona menandatangani Philippe Coutinho disebabkan mereka diberikan potongan harga istimewa daripada harga asal yang diletakkan Liverpool pada jendela perpindahan, kata Naib Presiden Jordi Mestre, hari ini.

Coutinho muncul pemain ketiga termahal dalam sejarah bola sepak apabila menoktahkan perjanjian selama lima setengah tahun bersama Barca, hari ini dengan perjanjian dianggarkan AS$192 juta (RM768.86 juta) di antara kelab berkenaan.

Pengarah Barcelona Albert Soler berkata pada September lalu kelab itu melupakan usaha untuk mendapatkan perancang Brazil itu tahun lalu kerana Liverpool meminta 200 juta euro (RM959.26 juta).

PEMAIN baharu Barcelona, Philippe Coutinho ketika sesi suai kenal di Stadium Nou Camp, hari ini. - Foto Reuters

"Kelab sentiasa berminat untuk menandatangani Coutinho. Perbezaan pada musim panas lalu dan ketika ini adalah potongan harga yang besar," kata Mestre kepada wartawan ketika majlis rasmi memperkenalkan Coutinho selaku pemain Barcelona.

"Kami tidak akan beritahu jumlahnya kerana Liverpool tidak mahu kami lakukannya tetapi ada potongan harga yang besar.

Menurut Coutinho pula dia menyasarkan trofi di Barcelona. "Satu penghormatan besar kepada saya untuk berada di sini dan juga mimpi menjadi nyata," katanya ketika sesi penggambaran di Camp Nou bersama jersi pasukan.

"Saya mahu trofi dan bergembira di sini. Itu sahaja yang saya fikirkan," katanya. - Reuters

PHILIPPE Coutinho peraga kemahiran menimang bola pada sesi suai kenal di Stadium Nou Camp, hari ini. - Foto Reuters



Sumber Barca dapat diskaun, Coutinho idam trofi

Post a Comment

Previous Post Next Post