Bekas Kekasih Kim Hyung Joong Dihukum Penjara

Bintang popular Kim Hyung Joong kini benar-benar sudah boleh menarik nafas lega apabila mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap bekas kekasihnya sekaligus kontroversi yang menghimpit diri aktor tersebut sepanjang beberapa tahun ini berakhir.

Wanita yang dikenali sebagai cik 'A' itu dijatuhi hukuman penjara selama setahun empat bulan kerana cubaan menipu.

Terdahulu, 'A' membuat dakwaan palsu tentang kehamilannya. Malah terdapat kesan penyuntingan pada foto ujian kehamilannya. Tidak cukup dengan itu, dia mendakwa keganasan bekas anggota kumpulan SS501 itu terhadap dirinya menyebabkan dia mengalami keguguran.

Selain itu, ketika ditemubual media, A mengatakan dia telah mengalami keganasan daripada serangan seksual bintang drama Boys Over Flower dan Playfull Kiss itu. Namun laporan yang dibuat A didapati adalah palsu.



Sumber Bekas Kekasih Kim Hyung Joong Dihukum Penjara

Post a Comment

Previous Post Next Post