Berparti Dengan Seungri di KL 1 Februari Ini

Bintang terkenal, Seungri bakal berkunjung ke Kuala Lumpur pada 1 Februari depan sempena pelancaran produk kosmetik keluaran Korea, Dr.Gloderm.

Menariknya, dengan pembelian sebanyak RM350 produk tersebut, seramai 150 pelanggan Watson berpeluang bertemu dan berparti bersama anggota kumpulan Big Bang ini dalam sebuah acara eksklusif yang akan diadakan di TGV 1Utama, One Utama, jam 7.30 malam.

Peminat boleh merebut peluang tersebut sehingga 26 Januari ini. Maklumat lanjut layari http://ift.tt/2G8M7tw

Seungri hadir bukan sebagai duta tetapi dia merupakan antara pelabur dalam penghasilan produk itu sejak tahun lalu.

Dr. Gloderm ditubuhkan pada Julai 2016 oleh seorang doktor perubatan juga selaku Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Daniel Park Chul Hong. Syarikat berkenaan terdiri daripada 54 ahli dermatologi dan pakar kosmetik untuk melancarkan jenama kosmetik perubatan mereka sejak tahun 2017.

Semua produk jenama ini melalui ujian keselamatan dermatologi mengikut piawaian Eropah.



Sumber Berparti Dengan Seungri di KL 1 Februari Ini

Post a Comment

Previous Post Next Post