IJN pecah rekod dengan memperkenalkan Pacemaker pertama di Asia Pasifik. (Gambar: IJN)
Setiap tahun ada saja kajian mahupun kaedah perubatan terbaru yang diperkenalkan institusi-institusi ini.
Bagi tahun ini, Institut Jantung Negara (IJN) membuka tirai pencapaian mereka dengan menjadi hospital pertama di rantau Asia Pasifik yang menggunakan implan ‘Pacemaker’ atau dikenali sebagai pengatur denyut jantung.
ATASI PESAKIT DEGUPAN JANTUNG TIDAK NORMAL
Kaedah terbaru ini digunakan pada pesakit yang mengalami degupan jantung tidak normal menggunakan Medtronic Micra Transcatheter Pacing System (TPS).
Menariknya, keadah ini lebih selamat dan boleh menyelamatkan ribuan pesakit yang menghadapi masalah degupan tidak normal.
IJN menerusi kenyataan di Facebook rasmi mereka menyatakan 'Pacemaker' generasi kedua itu adalah terkecil di dunia yang bersaiz sebesar kapsul vitamin!
Kapsul ini dihasilkan syarikat perubatan terbesar di Amerika Syarikat dikenali sebagai Medtronik dan kerjasama dengan IJN menawarkan terapi pemulihan jantung dengan kadar pembedahan paling minimun.
INOVASI IJN, KERJASAMA MEDTRONIC
Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub, berkata alat tersebut tidak memerlukan pembedahan di dada bagi membentuk poket di bawah kulit, seterusnya menyingkirkan potensi wujudnya sumber komplikasi.
"Kerjasama dengan Medtronic telah membolehkan IJN terus berinovasi dalam teknologi perubatan jantung. IJN dan Medtronic mempunyai objektif yang sama iaitu mahu memastikan pesakit menerima penyelesaian dan kaedah rawatan perubatan jantung yang terbaik
“IJN akan berusaha untuk menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi, sekali gus memberikan nilai klinikal dan ekonomi terbaik kepada pesakit jantung di Malaysia, " katanya.
Untuk makluman anda, ‘Pacemaker’ tidak memerlukan penggunaan wayar dikenali sebagai 'leads' untuk disambung ke jantung tetapi menggunakan alat serampang 'tines'.
Medtronic MICRA generasi pertama dilancarkan pada tahun 2015 dan seramai 200 pesakit jantung di negara ini sudah menjalani pembedahan implan itu.
Apapun, syabas diucapkan kepada pihak IJN kerana sentiasa mewujudkan kaedah perubatan baru.
Sumber Berita Baik Buat Pesakit Jantung, IJN Tawar Kaedah Perubatan Pertama Di Asia Pasifik!