Ceburi Nyanyian, Che Ta Sudah Bersedia Dikecam

Ceburi Nyanyian, Che Ta Sudah Bersedia Dikecam

Mahu cipta nama di bidang nyanyian. (Pic: Instagram @rozitachewan1)

Seperti mana pengusaha produk terkenal, Datuk Seri Vida, Datuk Aliff Syukri dan Sajat dikecam selepas menceburi dunia nyanyian, Rozita Che Wan juga sudah bersedia melalui senario sama. Ini kerana wanita cantik yang mesra disapa Che ta itu akan melangkah setapak lagi sebagai penyanyi pula.

Hazami bakal cipta lagu.

Komposer dan penyanyi Hazami bakal menyiapkan sebuah lagu untuk Che Ta tak lama lagi.

Sebelum ini dia pernah berlakon, kemudian mengacara serta menceburi dunia perniagaan. Malah isteri kepada Zain Saidin ini juga memiliki syarikat produksi sendiri, Padusi Pictures dan pernah menerbitkan program untuk siaran TV.

Sudah biasa dikecam.

“Selama ini pun saya sudah terbiasa dikecam. Ada saja yang tak berkenan di hati mereka termasuk netizen. Jadi saya lihat ruang mencuba nasib sebagai penyanyi nanti memang akan ada yang tak suka. Jadi saya sudah bersedia dikecam.

Ada yang menyunting jadi penyanyi.

“Dalam hidup ini bukan semua orang akan kata suara saya sedap dan begitulah sebaliknya. Sama juga dengan hal, bukan semua orang sukakan kita dan begitulah juga sebaliknya,” katanya yang akan menunaikan umrah hujung bulan ini.

Menurut Che Ta, sebelum Hazami, sebenarnya ada beberapa pihak sudah mula mahu menyuntingnya sebagai penyanyi.

Sebelum ini belum bersedia.

“Eddie Hamid pun pernah tawarkan untuk saya menyanyi. Tapi saya tak bersedia lagi saat itu. Begitu juga dengan Imran Ajmain yang mahu mencari di kalangan pelakon sebagai rakan duet dan dia mahu memilih saya. Cuma ketika itu saya belum berani lagi nak cabar diri. Jadi tawaran itu berlalu begitu saja.

Kagumi lagu ciptaan Hazami.

“Tak sangka pula dengan Hazami ini macam menjadi kiranya. Nampaknya hal ini bukan main-main lagi. Lagu ciptaannya pun sedap. Saya sendiri menyukai komposisi lagu ciptaannya.

“Saya harap proses rakaman lagu dengan Hazami ini akan terjadi secepat mungkin. Saya difahamkan dia kini terikat dengan penerbitan lagu untuk Azharina dan kemudian Aishah. Barangkali saya punya lagu selepas itu,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Lakonan dan pengacaraan tetap seperti biasa.

“Bulan depan, insya-Allah satu projek telefilem khas menggabungkan karakter Kak Marr dan Mak Cun (Erma Fatima) juga bakal diterbitkan. Tak silap saya untuk siaran raya. Bulan Mac juga saya akan menjalani penggambaran drama Kiah Pekasam Musim baru.

“Insya-Allah program saya jadi hos Teh Tarik Che Ta pun akan disambung untuk musim keempat.  Saya diberitahu rating program sama untuk musim ketiga yang disiarkan di RTM mengalahkan program Melodi. Sebab itu juga mereka nak sambung lagi musim baru,” katanya.



Sumber Ceburi Nyanyian, Che Ta Sudah Bersedia Dikecam

Post a Comment

Previous Post Next Post