Diego Carlos bingung disepak pengadil

NANTES, Perancis: Pertahanan Nantes, Diego Carlos mengakui semalam dia kebingunan selepas disepak dan kemudian dibuang padang oleh pengadil Tony Chapron pada perlawanan menentang Paris Saint-Germain, Ahad lalu.

Pemain Brazil itu secara tidak sengaja bertembung dengan pengadil ketika serangan balas PSG pada masa kecederaan tatkala pendahulu Ligue 1 itu menang 1-0, dengan rakaman video Chapron terjatuh ke tanah sebelum menyepak Diego Carlos menjadi tular dalam media sosial.

"Saya tidak faham apa yang berlaku ketika itu," kata pemain berusia 24 tahun itu kepada laman sesawang Nantes.

"Beliau terjatuh dan kemudian saya melihat ke arahnya apabila beliau menendang kaki saya dan saya katakan 'apa yang anda lakukan?' dan kemudian beliau melayangkan saya kad kuning dan kad merah."

Kad merah itu kemudiannya ditarik balik, membolehkannya diturunkan beraksi menentang Toulouse awal pagi esok.

"Saya amat gembira boleh bermain di Toulouse," katanya. - AFP



Sumber Diego Carlos bingung disepak pengadil

Post a Comment

Previous Post Next Post