Neymar kembali bersama PSG

PARIS: Bintang Brazil, Neymar dijangka kembali beraksi buat Paris Saint-Germain menentang Dijon awal pagi esok selepas jurulatih Unai Emery menyenarailkannya dalam skuad pendahulu Ligue 1 itu, semalam.

Neymar terlepas aksi ketika menang 1-0 di Nantes Ahad lalu kerana kecederaan tulang rusuk namun pengendali dari Sepanyol, Emery percaya dia boleh sembuh tepat pada masanya.

"Neymar berlatih dengan baik (Isnin lalu). Dia masih berasa sakit selama beberapa hari tapi dia menyertai latihan dan menamatkannya dengan baik," ujar bekas jurulatih Sevilla itu.

"Dia memerlukan seminggu atau dua untuk tidak berasa sakit lagi. Dia bagus ketika latihan tanpa sentuhan tapi jika dia dibentes di bahagian sama, kesakitan akan berulang.

"Kami akan lihat tapi dia patut bersedia (berdepan Dijon)."

Pemain kebangsaan Itali kelahiran Brazil, Thiago Motta bagaimanapun tidak cergas untuk kembali beraksi berikutan kecederaan betis. - AFP



Sumber Neymar kembali bersama PSG

Post a Comment

Previous Post Next Post