'Encik tak faham bahasa ke? Tak boleh cakap dengan orang lain bila perbualan dirakam' - Scammer bengang mangsa tak ikut arahan

Di awal panggilan lagi, lelaki ini sudah tahu bahawa individu yang mendakwa dirinya sebagai pegawai kastam cuba menjeratnya. Namun perasaan ingin tahu bagaimana modus operandi kaki scammers ini, dia layankan saja. 
Kes panggilan scammer seperti ini sudah kerap berlaku dan yang menghairankan ialah, masih ada yang percaya dan akhirnya menjadi mangsa. Bagi yang terselamat dari segi wang ringgit dan data peribadi, Alhamdulillah, tetapi tidak selamat dari dimaki hamun scammer. 
Berhati-hatilah semua, jangan sesekali mudah percaya kononnya nombor kad pengenalan anda terlibat dengan aktiviti jenayah dadah dan pelbagai lagi.
SEMALAM dapat call dari scammer. Cara diorang handle ni sangat menyakinkan. Ini adalah bebenang. 
ALMOST got scam from this number. They called me. Dengar suara machine call dari Kastam, katanya saya ada hutang GST tertunggak. 
Ironinya, saya hanya diberi satu pilihan iaitu tekan butang 0 untuk bercakap dengan pegawai kastam. Saya pun tekan butang 0. 
Bila tekan butang 0, ada seorang lelaki ini yang jawab panggilan dan saya pun beritahu tentang dakwaan ada hutang tunggakan GST apa semua. Dia minta nombor kad pengenalan dan nama penuh. Saya bagi dan bermulalah segala kebodohannya di sini. 
Selepas beberapa saat kemudian konon-kononnya dia semak maklumat diri saya, dia tanya, 
"Encik ada pergi Kedah ke sebelum ini? Sebab IC encik ada orang salahguna beli handphone rampasan polis dan kena tahan di Kastam Kedah."
Saya hampir saja percaya. Kemudian dia kata dia akan tolong saya buat laporan polis. Tetapi sebelum itu dia tanya saya boleh tak datang ke IPK Kedah untuk buat laporan polis. 
"Mana boleh? Saya di Kuala Lumpur sekarang," kata saya. 
Gigih sangat nak pergi ke Kedah semata-mata nak buat laporan polis? 
Selepas itu dia kata, "Okay, saya akan tolong encik buat laporan. Saya akan sambungkan kepada IPK Kedah."
Bermula dari situ saya dah mula rasa lain. Dude, saya bukannya bodoh. Kalau nak buat laporan polis, di mana-mana balai pun boleh. Tak perlu pergi ke Kedah. 
Oleh kerana mahu melihat sejauh mana permainan mereka, saya layankan saja. 
Panggilan saya disambungkan ke IPK Jitra, Kedah. Hahaha! Okay, ada seorang pegawai jawab panggilan dan dia sangat biadab. Saya ceritakan semula mengenai apa yang dibualkan dengan kakitangan kastam tadi. 
Kemudian dia kata dia akan rakam laporan saya tetapi semasa rakaman dijalankan, saya tidak boleh bercakap dengan sesiapa pun. Okay dan rakaman pun berjalan. 
Saya pun konon-kononnya bercakap seperti buat laporan polis. Selepas habis, dia kata tunggu sebentar. 
Okay, the thing is, kawan saya yang berada di sebelah kerap memaklumkan kepada saya bahawa itu adalah panggilan scam sebab dah banyak berlaku kes seperti ini. Saya macam okay dan saya tahu, cuma nak 'main' game mereka ini. 
Saya rasa 'pegawai' itu terdengar lalu dia terus memaki saya. 
"Encik ini tak faham bahasa ke? Kan saya dah cakap tadi tak boleh cakap dengan orang lain. Yang encik bercakap juga kenapa? 
"Saya tak ada masalah nak melayan benda camni. Encik tahu tak saya boleh buat laporan polis dan tuduh encik buat laporan palsu?" katanya dan terus letak telefon. 
Macam mana saya tahu ini adalah panggilan scam? 
1. Mesin operator itu hanya bagi satu opsyen sahaja. 
2. Govt takkan call orang pada hari Ahad.
3. Laporan polis boleh dibuat di mana-mana sahaja, tak perlu pergi sampai ke Kedah.


Sumber 'Encik tak faham bahasa ke? Tak boleh cakap dengan orang lain bila perbualan dirakam' - Scammer bengang mangsa tak ikut arahan

Post a Comment

Previous Post Next Post