Farid dituduh masukkan dadah THC dalam badan

Datuk Farid Kamil (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Turut sama isterinya Diana Danielle (belakang), 16 January 2018. ― Foto oleh Azneal Ishak Datuk Farid Kamil (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Turut sama isterinya Diana Danielle (belakang), 16 January 2018. ― Foto oleh Azneal Ishak PETALING JAYA, 25 Jan — Pelakon Datuk Farid Kamil hari ini dituduh memasukkan dadah jenis tetrahydrocannibol (THC) ke dalam badan 11 Januari lalu.

Namun pelakon filem Tombiruo mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini, lapor Utusan Online.

Pengarah filem itu didakwa berbuat demikian di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ibu pejabat polis Petaling Jaya  kira-kira jam 4.30 petang.

Suami pelakon Diana Danielle dituduh bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika disabitkan, Farid boleh dihukum bawah Seksyen 15 akta sama iaitu penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000.

Pada 16 Januari lalu, Farid mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas empat pertuduhan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu tugas penjawat awam di balai polis Kota Damansara.



Sumber Farid dituduh masukkan dadah THC dalam badan

Post a Comment

Previous Post Next Post