Harga petrol, diesel naik minggu ini

Harga minyak petrol RON95, RON97 dan diesel meningkat bermula tengah malam ini. ― Foto Malay MailHarga minyak petrol RON95, RON97 dan diesel meningkat bermula tengah malam ini. ― Foto Malay MailKUALA LUMPUR, 3 Jan ― Harga minyak petrol RON95 dan RON97 serta diesel meningkat bermula tengah malam ini, umum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Harga RON95 naik 3 sen seliter, dari RM2.26 kepada RM2.29, dan RON97 naik 3 sen seliter dari RM2.53 kepada RM2.56.

Sementara harga diesel terus naik 6 sen seliter dari RM2.26 kepada RM2.32.

Harga baru mingguan itu berkuat kuasa tengah malam ini hingga Khamis depan.



Sumber Harga petrol, diesel naik minggu ini

Post a Comment

Previous Post Next Post