Takut berlakon dengan suami orang, Emma elak ‘cinta lokasi’

Pelakon Emma Maembong akan berbaik-baik dengan isteri aktor yang berlakon dengannya bagi mengelak salah faham. ― Foto ihsan Instagram/Emma Maembong OfficialPelakon Emma Maembong akan berbaik-baik dengan isteri aktor yang berlakon dengannya bagi mengelak salah faham. ― Foto ihsan Instagram/Emma Maembong OfficialKUALA LUMPUR, 3 Jan ― Pelakon jelita Emma Maembong “sangat berhati-hati” berlakon dengan aktor berstatus suami orang bagi mengelak “cinta lokasi”.

Enggan menyinggung hati isteri mana-mana pelakon, beliau, 25, turut berkenalan rapat dengan mereka demi mengelak salah faham, lapor Harian Metro.

“Saya mengaku takut berlakon dengan suami orang. Jika hero itu sudah berkahwin, saya akan berkenalan dan berbaik-baik dengan isterinya juga,” katanya.

Selebriti itu pernah bergandingan dengan Hisyam Hamid dalam drama Sayang Papa Saya Tak dan terbaru Keith Foo melalui Jangan Padam Rindu.

“Supaya tiada salah faham, saya turut berkawan dengan isteri mereka dan sehingga kini persahabatan dengan isteri Hisyam iaitu Rosmawati Hanafi terus akrab.

“Begitu juga dengan isteri Keith iaitu Kim Raymond, saya baik dengannya,” kata pelakon TV Wanita Popular 2016.



Sumber Takut berlakon dengan suami orang, Emma elak ‘cinta lokasi’

Post a Comment

Previous Post Next Post