Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un, mangsa ragut meninggal dunia

Wanita yang menjadi mangsa ragut dua beradik minggu lalu, Maria Erianty Zakaria, 40, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian jam 9.25 pagi tadi, lapor Harian Metro. 
Maria menghembuskan nafas terakhir setelah tidak sedarkan diri selama lapan hari akibat cedera parah di bahagian kepalanya akibat terjatuh dari motosikal selepas diragut dua suspek terbabit dalam kejadian 10 Januari lalu.
Mangsa yang tidak sedarkan diri dirawat di Hospital Machang sebelum dirujuk ke HUSM Kubang Kerian.
Suami mangsa, Mohd Zairie Mohamad Zain, 48, berkata, kini jenazah isterinya masih dibedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematiannya.
"Selepas jalani pembedahan membuang darah beku di kepala pada 11 Januari lalu, keadaan isteri stabil, cuma tekanan darahnya tidak stabil dan kadang-kala naik mendadak.
"Bagaimanapun secara tiba-tiba keadaannya berubah sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir pagi ini.
"Pemergiaannya amat dirasai terutama empat anak namun kami reda dengan ketentuan Ilahi," katanya.
Difahamkan, jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Hutan Rebana, Machang selepas waktu Asar hari ini. 
BERITA BERKAITAN:


Sumber Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un, mangsa ragut meninggal dunia

Post a Comment

Previous Post Next Post