Inter batal niat berbelanja mewah

LUCIANO Spalletti menegaskan dia tidak akan menggunakan pintu perpindahan Januari ini untuk mencari penawar kepada kehambaran prestasi Inter Milan, kebelakangan ini dengan memancing pemain seperti perancang Manchester United, Henrikh Mkhitaryan.

Inter menerajui Serie A selepas permulaan cemerlang dengan 16 perlawanan tanpa kalah musim ini, namun kedudukan mereka mulai tergelincir di belakang Napoli dan Juventus selepas gagal memenangi empat perlawanan terakhir mereka.

Inter pada mulanya seri 0-0 di Juve -- penyandang juara itu kini memiliki kelebihan enam mata -- serta tewas mengejut kepada Udinese dan Sassuolo sehingga menyebabkan Nerazzurri ketinggalan tujuh mata dengan Napoli.

Bekas kelab kendalian Spalletti, Roma, hanya dipisahkan dengan dua mata untuk berada di tempat keempat namun ketua jurulatih berkenaan berhasrat untuk mematuhi 'Peraturan Kewangan Fair Play' yang ditetapkan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) tatkala mereka sedang memburu slot siangan Eropah musim depan.

Oleh yang demikian, pengurus berusia 58 tahun itu berkata pemain-pemain seperti Mkhitaryan, pemain Paris Saint-Germain (PSG), Javier Pastore, atau penggempur Bologna, Simone Verdi, akan kekal sebagai subjek spekulasi.

"Untuk terus mengatakan bahawa kami perlu mempunyai membuat perpindahan besar selepas kelab menjelaskan mereka mempunyai had tertentu untuk dihormati, nampaknya cara terbaik untuk saya adalah berasa terluka," katanya dalam sidang berita menjelang kunjungan ke Fiorentina -- aksi terakhir sebelum rehat pertengahan musim Serie A.

"Anda boleh menyebut nama -- Mkhitaryan, Pastore, Verdi, tetapi mereka berharga €30 juta (RM144.6j) dan kami tidak ada peruntukan itu.

"Kami perlu turun dengan rentak permainan kami, sekali lagi menunjukkan kepada semua mengenai kualiti kami. Kami perlu memberi tumpuan kepada kualiti individu dan menjadikannya mudah untuk pasukan ini.

"Pemain perlu tahu bahawa saya benar-benar yakin dengan kualiti mereka dan saya tahu bahawa mereka mempunyai potensi. Itulah yang perkara perlu diperbaiki mereka setakat ini.

"Buat masa ini, kami menemui kekuatan dan sifat kekeluargaan dalam pasukan ini."

Sekalipun Spalletti gembira menaruh harapan tentang kualiti keupayaan yang dimiliki pasukannya, dia sempat melontarkan amaran kepada anak buahnya bahawa ini bukan masa untuk meratap atau menitiskan air mata.

"Kami tidak boleh membuat sebarang alasan. Yang pertama, kami tidak boleh menatap, sesiapa yang melakukannya tidak akan mencapai matlamat mereka," katanya.

"Kami perlu meningkatkan sedikit kualiti permainan kami, saya tahu kekuatan kami dan saya dapat melihatnya. Kami perlu melakukan sesuatu yang lebih baik dalam hal ini."



Sumber Inter batal niat berbelanja mewah

Post a Comment

Previous Post Next Post