"Keputusan mengenai majlis perkahwinan bukan terletak di tangan kami berdua, tetapi turut membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak.
" Kami tidak boleh mementingkan diri sendiri semata-mata. Apapun, kami akan berkahwin pada tahun ini juga," katanya.
Dalam pada itu Sufian berkata, biarpun dia jarang bertemu dengan tunangnya itu disebabkan kesibukan kerja masing-masing namun Sufian menegaskan hubungan mereka masih baik seperti biasa.
Lagipun dia dan Elfira sepakat untuk tidak kerap bertemu keraan mahu mengikut pesanan ibu bapa mereka.
"Apabila lama tak jumpa, barulah perasaan rindu makin menebal. Walaupun sibuk, masing-masing tetap berhubung menerusi telefon," katanya seperti yang dilaporkan BH online.
Pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu selepas lapan bulan berkenalan.
Sumber Kami Akan Kahwin Tahun Ini - Sufian Suhaimi