Salah seorang anggota kumpulan Twice iaitu Sana dikejarkan ke hospital baru-baru ini selepas mengalami radang usus ketika menjalani penggambaran Idol Star Athletic Championship (ISAC 2018).
Sumber Sana (Twice) Alami Radang Usus
Lapor AllKPop, pihak pengurusan JYP Entertainment mengesahkan artis mereka itu mendapat rawatan di hospital sebagai pesakit luar. Dia kini sedang berehat di asrama.
"Sana menjalani rawatan pada 15 Januari lalu kerana mengalami radang usus. Dia telah di bawa ke hospital. Kini dia sedang berehat di asramanya," kata wakil pengurusan.
Buat masa ini, Sana tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti sehingga dia betul-betul sihat.
Selain Sana, Twice dianggotai Momo, Dahyun, Chaeyoung, Jeongyeon, Mina, Tzuyu, Nayeon dan Jihyo.
Sumber Sana (Twice) Alami Radang Usus
Tags:
kgosip