Kedai Makcik Seringgit Jadi ‘Port’ Makan Pelajar

Menjadi seorang pelajar membuatkan kita lebih berhati-hati semasa berbelanja terutama makanan. Bukan mudah untuk mencari kedai makan murah di zaman sekarang yang serba mahal ini.

Namun, sebuah kedai makan di Kulim, Kedah ini berjaya mengekalkan harga makanan RM2 dan air RM1 sejak enam tahun lalu menjadi ‘port’ makan kegemaran para pelajar di sana.

BACA: Makan Bajet Serendah RM3

Sumber dari Fb Nasi Campur Makcik Seringgit

Pemilik Kedai Makcik Seringgit, Noor Haliza Mohd Hashim, 44 tahun, dan suaminya, Mohamad Rozi Ishak, 48 tahun, berkata kedai makannya menjadi kegemaran pelajar kerana harga yang murah terutama nasi set bajet berharga serendah RM2 dan air berharga RM1.

Pelanggan boleh memilih satu lauk antara ikan sardin, telur goreng atau rebus, sosej atau kepingan daging dan satu sayuran kegemaran pada harga RM2 sahaja.

Sumber dari Fb Nasi Campur Makcik Seringgit

“Air pula, semua jenis air yang dibancuh termasuk milo ais, teh ais, horlicks ais dan ia hanya RM1 kecuali minuman yang telah dipaket,” tambahnya.

Menurutnya, kedainya diserbu oleh pelajar ketika makan tengah hari dan sememangnya nasi bajet menjadi pilihan mereka untuk makan.

Sumber dari Fb Nasi Campur Makcik Seringgit

Jelasnya, dia tak berasa rugi menjual makanan dan minuman pada harga murah kepada pelanggannya, malah ianya menjadi tarikan orang ramai untuk makan di kedainya.

“Bab makan ni, saya tak nak berkira sangat. Janji harga berpatutan dan ramai orang boleh makan sampai kenyang,” ujarnya sambil memberitahu kedainya dibuka dari jam 7 pagi sehingga 7 malam.

Semoga murah rezeki Makcik Seringgit kerana menjual makanan dengan murah dan secara tak langsung membantu orang tidak berkemampuan makan dengan kenyang pada setiap hari.

ARTIKEL BERKAITAN:
Restoran Tambah Percuma Tolong Pelanggan Berjimat
Berniaga 20 Tahun, Teh O Panas Masih 20 Sen

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pencarian Masak Lemak Salai Di Nismilan (Negeri Sembilan)

Post a Comment

Previous Post Next Post