Anda pasti ada menyukai seseorang dalam diam dan takut untuk luahkan perasaan kerana takut si dia menolak cinta anda serta akan menjauhkan diri daripada anda, bukan?
Tak semua orang berani meluahkan perasaan terhadap seseorang terutama di dada akhbar seperti seorang wanita berasal dari England ini.
BACA: Gadis Tak Kisah Dilabel Perigi Cari Timba
Wanita tersebut memberanikan diri menghantar pesanan di surat khabar untuk meluahkan perasaannya kepada seorang konduktor tren.
Dia yang menggelar dirinya sebagai ‘Michaela Gadis Pandora’, menghantar pesanan itu di ruangan khas buat mereka yang kesepian, lapor Hull Daily Mail.
“Kepada seorang konduktor kereta api yang seksi dalam perkhidmatan TransPennine antara Manchester dan Hull, kamu memiliki jambang dan rambut yang gelap. Saya menaiki kereta api dari Hull ke Leeds dan amat meminati kamu!” luahnya.
Ruangan akhbar itu dijadikan tempat untuk penumpang komuter berkomunikasi serta meluahkan perasaan kepada crush mereka.
ARTIKEL BERKAITAN:
Gadis Korea Suri Hati Tony Fernandes
Wanita Ini Mahu Kahwin Dengan Lampu?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram