Kena tahan, abang ajar dua adik remaja hisap syabu

Dua adik beradik perempuan ditahan AADK Padang Terap kerana menghisap dadah di rumah mereka. — Foto ihsan Facebook/AADK KedahDua adik beradik perempuan ditahan AADK Padang Terap kerana menghisap dadah di rumah mereka. — Foto ihsan Facebook/AADK KedahPADANG TERAP, 3 Jan — Seorang lelaki berusia 23 tahun tergamak mengajar dua adik perempuannya menghisap dadah sejak tiga tahun lalu.

Dua gadis itu, usia 15 dan 19 tahun yang tidak bersekolah, menghisap syabu di rumah keluarga mereka di Kampung Rambutan di sini, lapor Harian Metro.

Ketua pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Padang Terap berkata hal itu terbongkar apabila mereka ditahan sekitar jam 4 pagi tadi.

“[...] begitu mengejutkan apabila kita menahan seorang lelaki yang tergamak mengajar dua adik perempuannya menghisap syabu,” katanya

Zainal Abidin Ismail berkata teman lelaki gadis tersebut dan rakan abangnya juga antara 10 penagih yang ditahan dalam serbuan di lima rumah.

Ujian air kencing menunjukkan semua yang ditahan positif dadah jenis opiat dan methamphetamine.



Sumber Kena tahan, abang ajar dua adik remaja hisap syabu

Post a Comment

Previous Post Next Post