Cedera di kepala, lans koperal Suzaili Mohd Marzuki dirawat setelah rempuhan van di Jalan CTA 2 dekat Hotel Sama-Sama, Sepang 3 Januari 2017. ― Foto ihsan Facebook/IPD KLIA PUTRAJAYA, 3 Jan ― Dua lans koperal cedera selepas akibat rempuhan sebuah van ketika sedang membantu pemandu yang mengalami kerosakan kereta.
Suzaili Mohd Marzuki, 31, dan Abdul Mutalib Ismail, 40, cedera apabila kenderaan itu melanggar belakang Suzuki Swift yang rosak, lapor Utusan Online.
Suzaili cedera di kepala dan Mutalib di badan dalam kejadian di Jalan CTA2 dekat susur masuk ke Hotel Sama-Sama, Sepang, 6.45 pagi tadi.
“Secara tiba-tiba sebuah van merempuh kereta itu dari belakang,” kata ketua polis daerah Lapangan Terbang KLIA ACP Zulkifli Adamsah.
Dua anggota polis trafik itu dirawat di hospital Putrajaya dan dilapor stabil. Kes disiasat bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan.
Sumber Polis cedera dirempuh van ketika bantu kereta rosak