Kerana cirit birit, bomba terbangkan orang Asli ke hospital

Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerbangkan seorang remaja wanita orang Asli ke Hospital Gua Musang. — Foto ihsan Facebook/Berita Iban OnlineUnit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerbangkan seorang remaja wanita orang Asli ke Hospital Gua Musang. — Foto ihsan Facebook/Berita Iban OnlineGUA MUSANG, 22 Jan — Seorang remaja wanita orang Asli yang mengalami cirit-birit kritikal di rumahnya di Pos Belatim di pedalaman jajahan ini, dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang menggunakan penerbangan ihsan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) semalam.

Pegawai perhubungan awam unit tersebut, penolong penguasa bomba Mohd Farhan Marzuki berkata remaja berusia 16 tahun itu mengalami cirit-birit sejak lima hari lepas.

Beliau berkata sebuah helikopter Agusta AW109 mendarat di Pos Belatim kira-kira 1.15 tengah hari untuk mengambil pesakit berkenaan sebelum diterbangkan ke padang Pusat Sivik di bandar ini pada 2.10 petang.

“Pesakit itu kemudiannya dihantar ke Hospital Gua Musang menggunakan ambulans JBPM,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Orang Asli menghubungi JBPM bagi membantu pesakit berkenaan kerana jalan perhubungan darat rosak akibat hujan musim tengkujuh.

Katanya, penerbangan ihsan itu diketuai Juruterbang Kapt Roslan Aziz dan dibantu Penolong Kanan Penguasa Bomba, Faizal Latif.  —  Bernama



Sumber Kerana cirit birit, bomba terbangkan orang Asli ke hospital

Post a Comment

Previous Post Next Post