PEKAN, 5 Jan — Kekurangan jemaah pemastautin Masjid Jamek Mukim Temai, di sini menyebabkan solat Jumaat terpaksa diganti solat zuhur.
Hanya 38 orang termasuk individu bukan pemastautin hadir berikutan laluan ke masjid terputus akibat banjir, lapor Berita Harian.
“Orang kampung tidak dapat datang ke masjid kerana ada jalan ke sini terputus akibat dinaiki air, selain hujan,” kata imam kedua Abdul Hamid Majid.
“Biasanya lebih 60 jemaah bermastautin hadir untuk menunaikan solat Jumaat”.
Jawatankuasa masjid itu kemudian menggantikannya dengan solat zuhur. Kejadian itu pernah berlaku sebelum ini.
Syarat sah solat Jumaat memerlukan sekurang-kurangnya 40 orang pemastautin.
Sumber Laluan terputus akibat bah, solat Jumaat diganti Zuhur
Tags:
PMMO