Makin ramai mati, KM Sarawak gesa perangi TB

Datuk Patinggi Abang Johari Openg menggesa pihak berkuasa memerangi penyakit batuk kering yang semakin banyak memakan korban. — Foto oleh Sulok TawieDatuk Patinggi Abang Johari Openg menggesa pihak berkuasa memerangi penyakit batuk kering yang semakin banyak memakan korban. — Foto oleh Sulok TawieKUCHING, Jan 19 — Pihak berkuasa kesihatan digesa memerangi penyakit batuk kering, atau TB, yang semakin banyak mengorbankan nyawa. 

Ketua menteri Sarawak memetik data Kementerian Kesihatan yang menunjukkan lebih 15 peratus pesakit, atau 1,945 daripada 25,739 kes itu, mati. 

“Setiap tahun lebih banyak orang mati akibat TB berbanding denggi dan komplikasi berkaitan HIV,” kata Datuk Patinggi Abang Johari Openg.

“Sebagai perbandingan, 237 kematian demam denggi daripada 101,357 kes tahun lalu dan 336 kematian daripada 120,836 kes pada 2015.” 

Berucap di persidangan sains kesihatan di sini, beliau berkata TB, kencing tikus dan anjing gila dulu sudah berjaya ditangani tetapi muncul semula. 

Teks ucapannya di majlis pembukaan persidangan itu dibacakan oleh timbalannya  Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

* Baca seterusnya di Malay Mail.



Sumber Makin ramai mati, KM Sarawak gesa perangi TB

Post a Comment

Previous Post Next Post