Mayat kakak lemas disangka guni, biawak jadi petunjuk

Jalan utama ke Mersing, berdekatan Pejabat Pendidikan Daerah, dinaiki air banjir pada 1 Januari 2017. — Foto ihsan Facebook/Shibah RashidJalan utama ke Mersing, berdekatan Pejabat Pendidikan Daerah, dinaiki air banjir pada 1 Januari 2017. — Foto ihsan Facebook/Shibah RashidMERSING, 5 Jan — Disangka guni baja yang hanyut, mayat mangsa lemas akibat banjir di Johor ditemui apabila terdapat biawak cuba memakan sesuatu di situ. 

Mayat Rozimah Abdul Manap, 42, yang hilang empat hari ditemui adiknya semalam berdasarkan pakaian mangsa di tepi Sungai Teriang Kecil, lapor Harian Metro.

Adik mangsa R Kharul Anuar, 36, pada mulanya tidak menyangka objek tersebut jasad kakaknya, yang hilang Isnin lalu ketika pulang kerja di Endau. 

Namun kelibat haiwan itu menarik perhatiannya jam 6 petang semalam walau motosikal kakaknya terselindung di sebalik rumpai di lokasi tersebut. 

Jasad mangsa ditemui tertiarap di dalam parit bersebelahan jalan pintas Felda Endau-Kampung Teriang berhampiran sungai berkenaan.

Allahyarham dipercayai pulang melalui jalan pintas tersebut, yang sering digunakannya, tetapi dihanyut arus deras ketika hujan lebat 1 Januari lalu.

Walau sedih dengan tragedi itu, suaminya Mohd Fauzi Liman, 42, yang mencari mangsa di merata tempat bersyukur mayat itu akhirnya ditemui.

"[...] kami bersyukur kerana mayatnya ditemui, jika tidak pasti mayat dihanyutkan lebih jauh atau dimakan haiwan liar," katanya kepada akhbar itu.

Pemangku ketua polis Mersing ASP Mohd Nor Mohd Isa berkata mayat wanita itu dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

"Siasatan masih dijalankan dari pelbagai sudut terutama mencari punca sebenar kematian sama ada terdapat unsur jenayah atau kemalangan," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan banjir yang melanda daerah Mersing sejak Isnin pulih sepenuhnya hari ini, kata seorang exco kerajaan Johor.

Datuk Ayub Rahmat berkata semua 161 mangsa di dua pusat pemindahan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut sepenuhnya tengah hari tadi.

Penduduk Kampung Pengkalan Batu, Kampung Air Merah dan Kampung Jemari dipindah di Sekolah Agama Pengkalan Batu dan balai raya Kampung Air Merah.

Pagi tadi, dua pusat pemindahan ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan Air Papan dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Endau.



Sumber Mayat kakak lemas disangka guni, biawak jadi petunjuk

Post a Comment

Previous Post Next Post