Foto: Instagram/@lizasoberano
Kecantikan wanita Asia tidak perlu disangkal lagi apabila seorang pelakon muda terkenal Filipina, Liza Soberano telah dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia untuk tahun 2017 oleh sebuah portal gaya hidup terkenal, TC Candler.
Soberano, 20, merupakan pelakon drama kegemaran rakyat Malaysia, forevermore berdarah kacukan Filipina-Amerika.
Tempat kedua dimiliki oleh peragawati Perancis, Thylane Blondeau dan tempat ketiga pula oleh penyanyi Taiwan, Chou Tzu-yu.
Portal TC Candler ini berpengkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat menyenaraikan 100 wanita tercantik di dunia sejak 28 tahun yang lalu.
Seorang pelakon dan peragawati dari Malaysia, Yumi Wong turut tersenarai di tempat ke 57 senarai 100 wanita tercantik dunia 2017.
Antara nama-nama besar yang berjaya memasuki senarai itu ialah Emma Watson (14), Emilia Clarke (26) dan Natalie Portman (50).
Bagi senarai 100 lelaki paling kacak pula, bintang KPop, Kim Tae-hyung dinobatkan lelaki paling kacak di dunia, diikuti pelakon Aquaman, Jason Momoa dan Armie Hammer di tempat ketiga.
Bagaimana kriteria pemilihan wanita tercantik dan lelaki paling kacak di dunia ini dilakukan? Menurut portal itu, senarai berkenaan bukan sekadar mengukur kecantikan atau kekacakan seseorang, tetapi bertujuan untuk memberi informasi dan meluaskan pandangan orang ramai tentang definisi cantik.
Tonton senarai lengkap 100 wanita tercantik dunia dan lelaki paling kacak 2017 di sini.
Sumber: Astro Awani
Sumber Pelakon Filipina Ini Dinobatkan Wanita Tercantik Dunia