KEMAMAN: Gara-gara melanggar lopak air, dipercayai menjadi punca seorang pengurus projek maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terjatuh dan terseret sejauh enam puluh meter.
Sumber Penunggang maut langgar lopak air
Kemalangan berlaku di Kilometer 317.4 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), berhampiran susur keluar Plaza Tol Kerteh, kira-kira jam 8.15 pagi pada Jumaat.
Zailani Ngah, 41 tahun, menunggang motosikal jenis Honda CBR dikatakan dalam perjalanan dari kediamannya di Taman Desa Solehah, Kampung Mak Cili ke tempat kerja di Paka, Dungun.Sepasukan pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Kerteh yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Bapa mangsa, Ngah Mohammad, 74 tahun ketika ditemui berkata, kali terakhir dia berjumpa anak keenam dari sepuluh beradik itu pada Jumaat lalu.
"Sebelum dia kemalangan, ada alamat yang tak baik, jadi masa tu tido tak lena. Saya tak tahu siapa nak kena, saya tertanya-tanya dalam hati, maka kebetulan jadi pada anak saya," katanya.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritenden Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Sumber Penunggang maut langgar lopak air
Tags:
Viral AA+