Paling mencabar apabila situasi tersebut terpaksa dilalui anak yang masih kecil yang belum masa untuk faham apa yang sebenarnya berlaku pada kedua ibu bapanya.
Kisah bagaimana mendidik anak sebegini yang memerlukan pendekatan psikologi dan kesabaran daripada ibu bapa cukup penting dalam menjelaskan sesuatu keadaan itu agar si cilik faham kedua ibu bapanya tidak lagi tinggal sebumbung.
Pengalaman menarik dikongsi bekas isteri seorang pengacara televisyen popular, Farah Lee yang ditanya anaknya, Maream yang diminta gurunya untuk membawa gambar keluarga. Dia tertanya sama ada hanya mengambil gambar keluarga mereka pada tahun lalu atau gambar terbaru.
BERI PENJELASAN SEPATUTNYA
Sebagai seorang ibu, Farah cuba mewujudkan hubungan antara anak dengan ibu atau bapa yang sudah berpisah tidak memberi kesan negatif pada anak.
Bagaimana mahu menjelaskan pada anak apabila suatu hari anak bertanya ke mana ayahnya atau kenapa mereka tidak pernah berjumpa. Malah, dia juga mengakui berasa sedih dan kecewa melihat kanak-kanak lain bermain dengan bapa masing-masing.
"Mungkin boleh bagitau dia yang keluarga setiap orang tak sama, ada yang ada dua-dua, ada yang tiada ayah, ada yang tiada mak, ada yang tiada dua-dua (dan ada yang terlebih dua). Setiap orang pun tak sama. Tapi kasih sayang Allah sama rata kalau kita buat baik sentiasa dan bersyukur dengan apa yang ada," katanya menerusi Instagram.
Jelasnya, tidak semesti ibu bapa tidak tinggal sebumbung, anak akan terabai. Malah, Farah juga mengatakan berapa ramai ibu bapa yang masih bersama tapi anak tersepit di tengah dan merana.
"Mereka yang kematian ibu bapa pula? kasihankan mereka? sedangkan sesuatu yang diambil, pastinya akan diganti dengan yang lebih baik, janji kau telah kuat berusaha atau kau tiada daya mempertahankannya," katanya.
Sumber Setiap Orang Tidak Sama, Ada Berdua Mahupun Sudah Tiada