Ada atau tidak, yang pasti aktor berusia 52 tahun itu khabarnya sudah pun memilih nama bakal anak keempatnya.
Sekiranya dikurniakan anak perempuan, Shah Rukh mahu memberikan nama Akanshka. Katanya, nama tersebut diambil daripada nama yang harus di sebut dalam acara TEDTalks India yang mana dia harus mengulangi proses penggambaran beberapa kali gara-gara asyik salah menyebut nama itu.
"Saya bingung ketika menyebut namanya dan ini sangat memalukan kerana ia tidak pernah terjadi kepada saya.
"Saya rasa kalau saya punya anak keempat dalam waktu terdekat, saya mahu memberinya nama Akanshka," tutur Shahrukh seperti dilapor Pinkvilla.
Shahrukh mendirikan rumah tangga bersama Gauri Chibber pada tahun 1991 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Aryan, Suhana dan AbRaham.
Sumber Shah Rukh Khan Sudah Pilih Nama Anak Ke-4